Halffeet's Daughter ! Halffeet's Daughter: October 2012

Sunday 28 October 2012

Jiran Oh Jiran

Assalammualaikum  ;))

Hye semua. Rasanya tak terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada tarikh 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 tempoh hari. Ibadah korban telah sempurna dijalankan dan sambutan meriah di setiap tempat. Alhamdulillah. Semoga ada lagi hari raya untuk kita selepas ini, InsyaAllah.

Untuk makluman semua, ini adalah cerita pertama saya dan masih sangat baru dalam penulisan ini. Harap dapat beri tunjuk ajar kepada saya untuk menjadi penulis yang berkaliber, Terima kasih banyak semua, jasa anda amat saya hargai. hari ini nak cerita mengenai jiran belakang rumah saya. pagi-pagi sudah terperanjat mengenai jiran tersebut. Sungguh tak sangka.

Seawal jam 7.00 pagi tadi, saya bersama keluarga melakukan rutin mingguan iaitu bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah kami. Adik membantu ayah mencuci kereta, ibu mengemaskini halaman bunga-bungaannya. Saya mengemas  didalam rumah, membasuh dan menyidai pakaian, menyapu dan sebagainya. Sedang menyidai pakaian di belakang rumah, tergerak di hati nak pandang-pandang jiran rumah belakang ni.

Seperti kebiasaannya, jiran saya akan membersihkan belakang rumahnya tapi apa yang saya perasan, tiada barang-barang di ruangan belakang rumahnya itu. Terpandang pula piring Astro dia, tapi tak ada juga. Pelik sangat, kenapa dia pindah rumah tak beritahu. Ayah tanya jiran kanan, kiri rumah tersebut pn, mereka tak tahu. Ibu kata, harap-harap dia pindah rumah bukan disebabkan masalah untuk membayar sewa. Tapi elik sangat kenapa nak pindah tak maklumkan kepada kami. Kami agak, dia pindah mungkin pada hari jumaat atau sabtu pagi sebab petang khamis sebelum kami sekeluarga pulang ke kampung, dia masih berada di rumah. Kami pulang ke rumah pada petang sabtu, tak perasan jiran tersebut. Sabar sajalah.

Sudah lama dia jadi jiran kami kira-kira 6 tahun. Sejak dia lahirkan anak bongsu sampailah anak bogsu dia sekarang berumur 7 tahun. Semoga dia sihat dan selamat walau dimana dia berada. Aminn




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by miminadam