Halffeet's Daughter ! Halffeet's Daughter: November 2012

Friday 30 November 2012

Doa Penerang Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Ya Allah…
gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan dan
di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah...
sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan dan
padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..

Ya Allah..
buatlah mata yg tidak mahu lelap
merasa mengantuk yang memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya dengan kejayan yang sudah hampir

Ya Allah…
halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yang keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU kpd hidayah MU

Ya Allah…
lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dengan falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-MU dalam keadaan terhina…

Ya Allah...
lenyapkanlah dukacita ku,
hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku..
dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku…
Daku berlindung kpd-MUdari rasa takut,
kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Amin, YA ALLAH


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 27 November 2012

Doa Untuk Kekasih


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan saya dengannya.

 Terima kasih untuk saat-saat indah yang kami nikmati bersama.

 Terima kasih untuk setiap pertemuan yang kami lalui bersama.

 Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu.

 Saya datang bersujud dihadapanMu,

 Sucikan hati saya Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu dalam hidup saya.


 Ya Allah, jika saya bukan pemilik tulang rusuknya, 

 Janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya. 

 Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya. 

 Kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya 

 dan usirlah dia dari relung hati saya. 


 Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan padaMu yang tulus dan murni.

 Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.


 Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk saya Ya Allah, tolong satukan hati kami.

 Bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.

 Berikan saya kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.

 Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima saya

 dengan segala kelebihan dan kekurangan saya sebagaimana saya telah Kau ciptakan.

 Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka saya dengan dia.


 Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa saya ini.

 Lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMu.

 Allah Yang Maha Kekal, saya tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat saya.

 Luka dan keraguan yang saya alami pasti ada hikmahnya.

 Pergumulan ini mengajar saya untuk hidup makin dekat padaMu, untuk lebih peka terhadap suaraMu

 yang membimbing saya menuju terangMu.

 Ajarlah saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.


Amin...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 25 November 2012

Kawan, Sahabat & Lawan

Assalammualaikum  ;))


Sepanjang kehidupan kita bakal bertemu dengan ramai orang. Mereka datang pelbagai bentuk dan rupa, hitam putih, tinggi rendah, kurus gemuk dan cantik hodoh.

Mungkin secara puratanya kita bertemu atau berkenalan dengan lebih dari 100 orang setahun. Mereka yang kita temui ini sebenarnya mempunyai klasifikasi yang berbeza. Ada yang hanya kita temui sekali dalam kehidupan dan kemudiannya tidak bertemu lagi. Ada yang kita temui itu hanyalah melalui perbualan di gagang telefon. Ada yang menjadi kawan, kawan baik, adik angkat, kakak angkat, sahabat, kekasih dan sebagainya tak kurang juga yang menjadi musuh. Cuba anda ingatkan kembali semasa anda bersekolah rendah dahulu, berapa ramaikah yang masih lagi anda hubungi? Saya percaya mungkin hanya tinggal seorang dua sahaja ke saat ini kerana mereka telahpun mengambil haluan masing-masing dan kita sendiri tak tahu di mana mereka berada pada waktu ini.

Kalau difikirkan kembali entah berapa ramai kawan yang kita temui dalam hidup ini tetapi tidak menjadi sahabat. Untuk mengenali seseorang itu sebenarnya mengambil masa yang lama tetapi ada juga diantara kita yang    mudah mempercayai seseorang walaupun hanya beberapa jam sahaja bertemu. Kata-kata kawan makan kawan selalu kita dengar tetapi saya percaya kita tak pernah bertemu dengan kata-kata sahabat makan sahabat.

Sukar juga untuk saya mencari definasi sahabat dalam bahasa Inggeris. Friend bermakna kawan, good friend pula bermakna kawan baik, best friend membawa makna kawan karib. Mungkin definasi sahabat yang paling dekat dalam bahasa Inggeris  ialah “fellow”. Semasa saya di Amerika dahulu, Orang Pakistan, orang kulit hitam dan putih yang beragama Islam bila bertemu dengan orang Islam yang lain mereka akan menggunakan perkataan “brother” yang membawa maksud adik atau abang atau saudara seagama. Ini dapat dilihat satu masa dahulu di zaman Rasullullah S.A.W. yang mana saudara seislam dikasihi dan saudara kandung yang bukan Islam diperangi.

Dalam hal ini, kita boleh jumpa ramai kawan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita mencari seorang sahabat. Kawan boleh bertukar menjadi lawan. Lawan dah sememangnyalah lawan. Apapun klasifikasinya mereka tetap merupakan aset bagi kita samaada dalam bentuk teladan, pemangkin atau pemberi iktibar.

Di dalam puisi sebelum ini sahabat adalah orang yang akan membantu kita di masa kesusahan, mempercayai kita pada setiap ketika, amanah, rendah hati, mendoakan kejayaan kita dan pelbagai lagi nilai yang murni. Sahabat sebegini akan membantu anda dengan ikhlas tanpa mengenakan bayaran, kawan pula adakalanya akan membantu anda tetapi meminta balasan. Seorang sahabat pula selalunya akan dapat mengenali siapa kawannya, lawannya mahupun sahabatnya yang lain. Mungkin lebih mudah mencari seorang sahabat di masjid-masjid.

Salah satu ciri utama seorang sahabat ialah seorang sahabat yang baik akan menegur kesilapan yang kita buat. Kadang-kadang ada seseorang yang menegur kesilapan kita tetapi kita memberikan reaksi negatif lalu terus membenci mereka. Dalam hal ini kita sepatutnya menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan melakukan perubahan sekiranya perlu tentang kesilapan yang kita lakukan itu. Inilah salah satu lagi tanda yang kawan anda itu mempunyai nilai-nilai seorang sahabat. Begitu juga dalam perhubungan suami isteri, perhubungan yang baik mesti ada tegur menegur yang membina tapi bukannya pertengkaran.

Dalam kisah Nabi pula, sahabat nabi Abu Bakar mendapat gelaran As Siddiq yang membawa maksud “yang membenarkan” kerana beliau mempercayai cerita Nabi Muhammad naik ke langit semasa Israq Misraj sedangkan orang lain tidak mempercayainya.

Katalah di dalam sebuah kelas Nani tertinggalkan hand phone yang mahal dan seorang Pengawal nampak Ros adalah orang terakhir yang meninggalkan kelas tersebut. Pengawal itu menuduh Ros yang mengambil hand phone itu kerana beliau orang terakhir yang meninggalkan kelas itu. Sekiranya Ros mempunyai sifat seorang kawan anda mungkin akan berkata ada kemungkinan Ros yang mengambilnya tetapi sekiranya Ros mempunyai nilai seorang sahabat yang tahu hand phone itu bukan haknya dan tak mahu mengotorkan jiwa dengan membuat dosa maka anda pasti akan menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang dikenakan pada Ros. Inilah antara perbezaan antara kawan dengan sahabat yang boleh saya simpulkan.

Mengetahui klasifikasi antara kawan, sahabat dan lawan akan dapat membantu anda mengelakkan permasalahan yang bersifat perhubungan dengan sahabat handai. Mereka yang berkahwin dengan perempuan yang mempunyai sifat-sifat seorang sahabat akan mendapat isteri yang baik dan taat kepada suaminya manakala mereka yang mempunyai ramai sahabat pula akan dapat menjalankan kehidupan dengan baik dengan sokongan padu lagi berterusan dari mereka-mereka yang bergelar sahabat ini.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 23 November 2012

Tentang Sesuatu

Assalammualaikum  ;))

 ❤♡❤ dapatkah selamanya kita bersama, menyatukan perasaan kau dan aku, semoga cinta kita kekal abadi, sesampainya akhir nanti selamanya  ❤♡❤





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 22 November 2012

20 minggu

Assalammualaikum  ;))

pejam celik pejam celik dah 20 minggu angah praktikal..bermaksud, lagi 2 minggu untuk bersiap pulang ke merlemon@merlimau, melaka bagi habiskan 2 sem lagi..insyaAllah..alhamdulillah, report untuk di hantar ke poly 80% siap..2 minggu kebelakangan nih asyik menghadap report saja..naik juling da mata nih..asihhh!..rindu sangat-sangat kat melaka...kawan-kawan, my dear dan kenangan-kenangan kat sana..syahdu pulak tetiba..**MELAKA, I'M COMING**



jalan-jalan kat sini dengan akak2 uma sewa mase sem 2..cantik !

ni lah tempat 1st angah pergi dengan budak2 kelas, ada la dalam 9 org for 1st hangout with them, 
mase sem 1

haaaa cantek kan, siapa pernah pergi sini?..sungai sebenarnya then b0leh naik bot kalo nk susur sungai nih..angah belum merasa lagi

dataran pahlawan megamall...tempat hangout..last year time bersahur angah and akak2 uma sewa sahur kt mcD tu ha..hehe

mahkota parade..angah selalu pergi sini..karaoke, shopping

menara taming sari sebagai mercu tanda..pernah naik sekali je..harga pon ok, kalau tak silap RM15 
untuk 10 minit


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 18 November 2012

~ lalala hari hari kerja lalala ~

Assalammualaikum  ;))

rajin bekerja
rajin bercakap
BAGUS

rajin bekerja
malas bercakap
KENA BULI

malas bekerja
selalu mengadu
KAKI BODEK

malas bekerja
rajin bercakap
WAYANG KULIT

malas bekerja
selalu ponteng
LEBIH BAIK BERHENTI

malas bekerja
selalu termenung
LEBIH BAIK MATI
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 17 November 2012

Hargailah Insan Yang Bergelar Isteri


Assalammualaikum  ;))

mulianya seorang isteri di sisi ALLAH..
dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri 
ini pada keluarga,suami dan anak2
rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirt kelak..
biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka..

beruntung nya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja 
dengan Tuhan..jadi 'kilang' mnusia..
tiap-tiap bulan dia di beri cuti bergaji penuh..
7-15 hari sebualn dia tidak wajib solat
tetapi ALLAH anggap di waktu itu solat terbaik darinya.
cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang ALLAH beri sebab dia bekerja dengan ALLAH
orang lelaki tak ada cuti dari solat
solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

satu lagi berita gembira untuk  wanita
sepanjang dia mengandung
ALLAH sentiasa mengampunkan dosanya
lahir saja bayi seluruh dosanya habis
inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

marilah kita pegang kepada tali ALLAH 
seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin
itu dianggap mati syahid
ALLAH izinkan terus masuk syurga
untuk orang kafir dia tak dapat masuk syurga 
tapi ALLAH beri kelonggaran siksa kubur
untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung

di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari
contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu,bersedekah
ganjaran ALLAH keatasnya jua

bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suaminya 
untuk lepas masuk syurga
di dunia lagi,kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat
kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini

manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan di luar rumah
segala dosa-dosa anak isteri yang tidak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain
dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
ALLAH agar tidak derhaka denganNya

sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki
dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki
dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki),lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi

woman was made from the rib of man
she was not created from his head to top him
not from his feet to be stepped upon
she was made from his side to be close to him 
from beneath his arm to be protected by him 
near his heart to be loved by him

"wahai Tuhan..
 ku tak layak ke syurgamu..
 namun  tak pula aku sanggup ke nerakamu..
 kamilah hamba yang menharap belasa darimu.."

"Ya Allah..
 jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa..
 ampunkan dosa-dosa kami,kedua ibu bapa kami..
dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.."

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 10 November 2012

Lelaki Berpendirian Antara Ciri Idaman Wanita

Assalammualaikum  ;))


Lelaki Tulen
tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki justeru,mereka bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar daripada kategori lelaki.

Lelaki Yang Berharga
lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan dirinya tidak berharga.

Lelaki Yang Teguh Jiwa
tidak mudah mengeluarkan air mata;apabila lelaki menangis,harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki Yang Sederhana
tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki Yang Cantik
wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangai nya dan kebersihan hatinya.

Lelaki Yang Ada Pendirian
lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila berjanji.

Lelaki Yang Kemas Bersih
menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan;pakaian nya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki Yang Cerdik
cepat faham apa yang dikehandaki wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki Yang Cekap
segera memberikan wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki Yang Bijak
tidak suka bercerita mengenai kelebihan/ketampanan dirinya.

Lelaki Yang Tabah
tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah dan tidak bingung/kalut apabila berdepan suasana yang menekan,kesuntukan masa/cemas.

Lelaki Berwawasan
tidak melakukan sesuatu tanpa merancang;odjektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya;masanya digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki Yang Baik
tidak suka hidup berfoya-foya;taat kepada suruhan agama;tidak berjudi,berzina/minnum arak.

Lelaki Yang Sopan
tahu menghormati orang tua seta pandai mengambil hati.

Lelaki Yang Mengasihi
walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu,suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki Yang Ceria
boleh berjenaka dan berkongsi cerita;tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.


cintaiNya yang utama, diri sendiri, keluarga, kekasih hati

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 7 November 2012

Suami


Assalammualaikum  ;))

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,  itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi. 

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,  dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... 

Jika kau membiarkannya pergi,  dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,  kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,  hanya jika dia sangat menyayangimu.  Dia akan menurunkan rasa EGOnya. 

Wahai suami,  jika seorang isteri pernah menangis keranamu,  tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.  Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat  kau terperuk terlalu dalam . 

Wahai suami,  jika seorang isteri menangis keranamu,  tolong jangan menyia-nyiakannya...  Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.  Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...  Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT  yang dirasakannya keranamu ? 

Apakah keistimewaan perempuan ini?  Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..  TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...  SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...  PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...  Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..  Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...  Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...  Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...  Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..  TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal. 
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 5 November 2012

Jiwang Oh Jiwang_2

Assalammualaikum  ;))

brrrrr sejuk nya alahai..pagi-pagi da dapat musibah..otw g 0pis hujan di tengah jalan..aishhh!..ini bukan c0baan, ini betul-betul..hehe da macam cite p.ramlee pulak da..biasa la, ni la dugaan orang yang menunggang motor, kita ada motor aje..nak beli kereta tak mampu lagi..c0baan!c0baan!c0baan!..jum sambung baca lagi ayat-ayat jiwang angah nih..


  1. lumrah berkawan, banyak dugaan, biarpun jauh tetap dikenang, mesej dan panggilan rindu (misscall) jadi hubungan, itulah pengikat kasih persahabatan
  2. anggaplah kekecewaan itu sebagai landasan untuk kita meneruskan kehidupan ini, biarlah kita kecewa di dunia asalkan kita tak kecewa di akhirat
  3. kawanlah selagi ada hati, bercintalah selagi ada yang sudi, bergembiralah selagi ada teman di sisi, ingatilah kawan selagi terasa ia bererti
  4. adalah lebih baik kita membahagiakan hidup seseorang kekasih semasa hayatnya daripada kita menangisi dan menyesal setelah pemergiannya
  5. ku tulis namamu di langit, hilah di tiup awan, ku tulis namamu di pantai, hilang di pukul ombak tapi bila ku tulis namamu di hatiku ia kekal selamanya
  6. sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat
  7. semua yang dicapai oleh manusiadan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
  8. pengikhtirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya
  9. manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang
  10. ku kutip serpihan kasihmu, ku himpunkan leraian rindumu, kerana aku tahu dirimu milikku
  11. bukan pintaku andai cinta menjadi tragedi
  12. lihat dan renunglah mataku, akan kau temui sebuah cinta sudi
  13. setiamu menjadikan aku rindu, menjadikan aku cemburu
  14. selagi dirimu ada di hati, selagi dirimu setia di sisi, tak mungkin dirimu dan hatimu aku lukai
  15. aku hanyalah tetamu sepi, tiba masanya aku akan pergi dari sini
  16. selagi ada hayatku, selagi itulah aku akan terus mengenangmu
  17. memang memendam rasa cinta sangat menyiksa tapi ia sangat mengasyikkan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 4 November 2012

Jiwang Oh Jiwang_1

Assalammualaikum  ;))

hye semua..sihat tak?..angah demam la..da seminggu..demam + batuk + selesema = _____ ? erk, badan letih..hari nih nak kongsi kata-kata pujangga yang dah lama ada dalam simpanan angah..angah nih jiwang orangnya..harap maklum.


  1. cinta itu belum cinta selagi belum dilafazkan
  2. izinkan ku pimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu
  3. saat pari-pari menghampiriku, dia bertanya padaku apa yang kau inginkan hari ini, aku akan jawab tolong jaga orang yang baca mesej ini kerana aku sayang sangat padanya
  4. nak cium jauh, nak peluk tak tercapai, nak dibelai tiada disisi, nak didodoi tiada dikenang, nak ditenung tak nampak, namun hanya namamu tetap dihati
  5. jauh itu ada jarak yang terpisah, jauh itu ada jurang yang memisah, jauh itu ada 2 insan yang terpisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah, namun jauh itu ada rindu yang tak sudah
  6. kita tak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk menjadi teman sejati, cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kite sempurna apabila bersamanya
  7. teman sejati bukan yang selalu dekat dimata, dekat bicaranya tetapi dia yang setia dihati dan diingati dalm setiap bisikan doanya
  8. jika hari ini dan semalam dapat dikembalikan, aku pasti akan mencintainya
  9. sesepi malam tanpa rembulan, begitulah malam akau tanpa dirimu
  10. mengenalimu suatu kebetulan, mengingatimu suatu kerinduan, menjadi temanmu suatu kesyukuran, memahamimu suatu kemesraan, melupakanmu suatu keresahan, melepaskanmu suatu kesukaran
  11. percintaan kita ibarat seperti rumah; tak perlu cantik, tak perlu mewah, yang penting 4k; kejujuran, kesetiaan, keikhlasan dan kasih sayang
  12. setiap yang kita impikan tak selalunya indah, kesunyian mengajar kita hidup berdikari, tangisan adalah kasih sayang namun satu yang kita akan ingat seumur hidup ialah kenangan
  13. sahabat, jauh mana jarak kita, lama mana pun kita tak jumpa, kita tetap pandang anak bulan yang sama
  14. kawan?rakan?teman?sahabat?semuanya berbeza, semuanya ada keistimewaan tapi semuanya bermula dari suatu pertemuan walau berjauhan, dirimu tetap didalam ingatan
  15. dalam  hidupku, aku belajar bagaimana untuk senyum, untuk bahagia, untuk gembira, untuk jujur, untuk menjadi seorang yang baik, tetapi aku tak pernah belajar bagaimana untuk melupakn dirimu
  16. indah manusia kerana akhlak, indah bulan kerana cahaya, indah benda kerana hiasan, indah percintaan kerana kejujuran
  17. saya mungkin bukan teman sempurna yang awak cari bukan juga yang terbaik diantara semuanya tapi yang pasti saya teman yang akan selalu mengingatimu

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 2 November 2012

besar KECIL besar KECIL

Assalammualaikum  ;))

hye semua, amacam, sihat tak?harap semua sihat lah ye..aish!setiap hari makan nasi dalam kuantiti yang banyak, then rasa setiap hari badan makin mengembang..auch!gemok sudah..tidak!nightmare terus..gemok sihat tak apa..hikhikhik..ada la kene mengena dengan tajuk nih kan besar KECIL besar KECIL..tajuk nih mengenai ragam pemandu dan penunggang di jalanan..
 
nak di jadikan cerita, angah sekarang nih praktikal di TM Kluang selama 5 bulan..so, next month 8/12/2012 angah tamat praktikal then masuk semula poly untuk habiskan lagi 2 sem yang masih berbaki..setahun lagi habis study, tak saba nak konv0..insyaAllah.. ^_^ ..ok berbalik pada tajuk diatas ye..sebenarnya nak cerita/luahkan apa yang terpendam dalam hati ni sejak dapat lesen memandu 3 tahun yang lalu.
 
geram sangat tengok gelagat pemandu, penunggang nih..angah pegi ofis naik moto, biasalah perempuankan, tunggang moto slow la sikit, berhati-hatilah katakan..hoh0hoho..jadi, mereka-meraka yang brutal  dalam pemanduan dan penunggangan nih, tak hiraukan kita yang kecil ni ha..gerun kot tengok..orang kata malang tak berbau, kalau berbau kan bagus, dapat elakkan..takut je jadi apa-apa nanti..salah orang lain, kita jugak yang kena tempias..jauhkan la..
 
selama 4 bulan praktikal nih, angah ulang-alik dari rumah ke opis..ambil masa kira-kira 20 minit perjalanan..jauh kot rumah dengan bandar..12 km..macam-macam boleh jadi sepanjang perjalanan tuh..lori bertan-tan, dengan cara pemanduan yang tak berhemah, kita yang kecil ni ha yang takut, dia besar boleh la main langgar aje..tu lori, yang drive kereta pulak tak kurang hebatnya..sama aje lah dengan lori, macam tak nampak je kita yang kecil nih.so sad ! s0bs0bs0b...hanya mampu bersabar..hurmmmm
 
orang tua-tua kata, yang naik basikal tu tegur yang berjalan kaki, yang naik motor tu tegur yang naik basikal, yang naik kereta tu tegur yang naik motor..tak guna sombong-sombong dalam dunia ni kecualilah mayat kita boleh bergolek sendiri masuk dalam liang lahad..hehehe, ada faham ka cik adek manis dan cik abang kacak?..fikir-fikirkanlah dan selamat beramal..sampai jumpa lagi..daaaaaaaaaaa
 
 
~ senyum itu penawar ~
 
 
 
 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 1 November 2012

6 Bulan Bersama

Dear Muhamaad Zaki Bin Abdul Rahman,
     
         terima kasih kerana sudi menjadi teman saya sepanjang 6 bulan ini..suka duka sihat sakit kita tempuh bersama..gaduh manja-manja..hehehe tapi makan masa yang lama..maaf ye Dear..sejak saya ada kat kluang nih, baru berapa kali kita jumpa kan..hurm, sabar aje la..awak tunggu taw kita balik semula kat merlemon tuh..huhuhuhu..terima kasih sebab jadi pembangkit semangat kita masa kita jatuh tak bersemangat dan sebagainya..terima kasih jugak sebab tahan dengan perangai kita yang tentu hala nih..maaf ye selalu buat awak runsing pasal kita..




01052012-01112012
I.T.A.L.Y
# sesepi malam tanpa rembulan, begitulah malam aku tanpa dirimu #


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by miminadam