Halffeet's Daughter ! Halffeet's Daughter: Hargailah Insan Yang Bergelar Isteri

Saturday, 17 November 2012

Hargailah Insan Yang Bergelar Isteri


Assalammualaikum  ;))

mulianya seorang isteri di sisi ALLAH..
dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri 
ini pada keluarga,suami dan anak2
rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirt kelak..
biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka..

beruntung nya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja 
dengan Tuhan..jadi 'kilang' mnusia..
tiap-tiap bulan dia di beri cuti bergaji penuh..
7-15 hari sebualn dia tidak wajib solat
tetapi ALLAH anggap di waktu itu solat terbaik darinya.
cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang ALLAH beri sebab dia bekerja dengan ALLAH
orang lelaki tak ada cuti dari solat
solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

satu lagi berita gembira untuk  wanita
sepanjang dia mengandung
ALLAH sentiasa mengampunkan dosanya
lahir saja bayi seluruh dosanya habis
inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

marilah kita pegang kepada tali ALLAH 
seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin
itu dianggap mati syahid
ALLAH izinkan terus masuk syurga
untuk orang kafir dia tak dapat masuk syurga 
tapi ALLAH beri kelonggaran siksa kubur
untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung

di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari
contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu,bersedekah
ganjaran ALLAH keatasnya jua

bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suaminya 
untuk lepas masuk syurga
di dunia lagi,kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat
kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini

manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan di luar rumah
segala dosa-dosa anak isteri yang tidak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain
dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
ALLAH agar tidak derhaka denganNya

sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki
dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki
dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki),lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi

woman was made from the rib of man
she was not created from his head to top him
not from his feet to be stepped upon
she was made from his side to be close to him 
from beneath his arm to be protected by him 
near his heart to be loved by him

"wahai Tuhan..
 ku tak layak ke syurgamu..
 namun  tak pula aku sanggup ke nerakamu..
 kamilah hamba yang menharap belasa darimu.."

"Ya Allah..
 jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa..
 ampunkan dosa-dosa kami,kedua ibu bapa kami..
dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.."

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by miminadam