Halffeet's Daughter ! Halffeet's Daughter: Lelaki Berpendirian Antara Ciri Idaman Wanita

Saturday 10 November 2012

Lelaki Berpendirian Antara Ciri Idaman Wanita

Assalammualaikum  ;))


Lelaki Tulen
tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki justeru,mereka bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar daripada kategori lelaki.

Lelaki Yang Berharga
lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan dirinya tidak berharga.

Lelaki Yang Teguh Jiwa
tidak mudah mengeluarkan air mata;apabila lelaki menangis,harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki Yang Sederhana
tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki Yang Cantik
wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangai nya dan kebersihan hatinya.

Lelaki Yang Ada Pendirian
lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila berjanji.

Lelaki Yang Kemas Bersih
menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan;pakaian nya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki Yang Cerdik
cepat faham apa yang dikehandaki wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki Yang Cekap
segera memberikan wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki Yang Bijak
tidak suka bercerita mengenai kelebihan/ketampanan dirinya.

Lelaki Yang Tabah
tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah dan tidak bingung/kalut apabila berdepan suasana yang menekan,kesuntukan masa/cemas.

Lelaki Berwawasan
tidak melakukan sesuatu tanpa merancang;odjektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya;masanya digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki Yang Baik
tidak suka hidup berfoya-foya;taat kepada suruhan agama;tidak berjudi,berzina/minnum arak.

Lelaki Yang Sopan
tahu menghormati orang tua seta pandai mengambil hati.

Lelaki Yang Mengasihi
walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu,suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki Yang Ceria
boleh berjenaka dan berkongsi cerita;tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.


cintaiNya yang utama, diri sendiri, keluarga, kekasih hati

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by miminadam