Halffeet's Daughter ! Halffeet's Daughter: Tip Mengelak Dari Kena Ragut

Saturday, 29 December 2012

Tip Mengelak Dari Kena Ragut

Assalammualaikum  ;))

Berikut adalah tips yang belum melepasi piawai keberkesanannya. Namun boleh lah  cuba tengok sendiri, berkesan ke tidak ye...

kebiasaannya peragut lebih senang meragut jenis beg yang bertali, jadik sewajarnya tak  payah pakai beg, sebaliknya kepit saja dompet bawah ketiak.

✌ jangan bawak beg tangan sebaliknya bawak cek berpalang ataupun wang pos saja.

✌ selitkan duit dalam plastik sampah, cara ini boleh mengaburi mata peragut berkenaan.

bawak dua beg tangan, ini untuk membuatkan si peragut konpius.

✌ jangan jalan berseorangan, sebaliknya berjalan la secara beramai-ramai seperti kontigen sukan negara.

✌ jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

✌ berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

✌ berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank

  ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

✌  jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

✌  jangan tunjukkan/pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.




                                                                                                               sumber : ujang 







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by miminadam